Bantuan SULUHAN
1. Sebelum membuat bayaran
Semak nama pelajar, e-mel dan nombor telefon penjaga pada halaman Semak Maklumat & Bayar. Harga muktamad dipaparkan sebelum anda meneruskan ke Billplz.
2. Jika kembali daripada Billplz
Buka Status Bayaran. Tekan “Semak semula status” jika bayaran baru dibuat. Jangan membuat bayaran kedua semasa pengesahan masih diproses.
3. Sambung penilaian
Gunakan pelayar dan peranti yang sama, kemudian buka penilaian. Akses hanya dibuka selepas bayaran disahkan. Tunggu mesej simpan berjaya sebelum meninggalkan halaman.
4. Simpan laporan
Pilih “Ringkasan & Pelan Tindakan” untuk versi pendek. Pilih “Laporan Lengkap” untuk skor, huraian dan batasan kaedah yang lebih terperinci. Simpan pautan rahsia laporan dan jangan kongsikannya secara terbuka.
5. Kod sekolah
Masukkan kod di halaman permulaan. Kod yang tidak aktif, tamat tempoh atau kehabisan kuota tidak boleh digunakan. Minta penyelaras sekolah menyemak kod jika perlu.